Tuesday, October 8, 2013

Tips Menambahkan Berat Badan Bayi

Rahsia Menambahkan Berat Badan Bayi:


Ibu-ibu pasti risau jika berat badan bayi anda susah hendak naik kan. Malah ada yang semakin turun beratnya, oh sesuatu mesti dilakukan. Ianya tidak normal kalau begitu. Di sini saya ingin kongsikan tips untuk menaikkan berat bayi anda yang mana mungkin boleh membantu.

Jangan berikan solid food pada bayi yang umurnya kurang dari 6 bulan

sesetengah solid food mungkin kurang kalori dan khasiat berbanding susu ibu. Maka yakinlah dengan susu ibu sepenuhnya sahaja akan membantu pertambahan berat si anak. Jangan terlalu ghairah ingin bayi cepat besar, maka disumbat dengan pelbagai makanan sebelum usia 6 bulan dengan harapan bayi akan cepat membesar.

Tidur berdekatan dengan bayi anda
Amalkan tidur bersama bayi dan sentiasa dekatnya boleh membantu mempercepat peningkatan berat badannya.


Mengurut bayi
Ianya diakui dapat memperbaiki sistem penghadamannya seterusnya  mempertingkat pertumbuhan.

Gendong bayi dengan "baby carrier"
Sentuhan kulit ke kulit sepanjang masa antara ibu dan bayi akan membantu bayi mendapatkan perkembangan yang lebih cepat.
Kerapkan Menyusu
Susui bayi anda sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Semakin kerap menyusu maka semakin tinggi peluang untuk cepat naik berat badannya.

Beri masa bayi habiskan penyusuan
  • Berikan bayi menyusu sampai habis payudara sebelah sebelum diberikan payudara sebelah lagi. Ini penting untuk bayi mendapatkan "hindmilk" iaitu susu yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Jika belum sempat habis bayi menyusu dan kita tidak sabar-sabar menukarkan dengan payudara sebelah lagi kemungkinan bayi hanya mendapat "foremilk" sahaja
Perahkan sedikit susu sebelum menyusu
  • Sebelum susukan bayi, anda boleh pam atau perah sedikit susu badan anda. Ini untuk membuang dahulu "foremilk" dan bayi akan mendapat lebih banyak khasiat "hindmilk" yang mengandungi banyak kalori dan lemak.
Pam selepas Menyusu
  • Ibu boleh pam susu badan selepas selesai sesi menyusu. Bila pam saat ini, kita akan dapat banyak "hindmilk". "Hindmilk" yang kaya dengan lemak dan kalori ini boleh kita berikan pada bayi.


    sms/whatsAPP: 017-6290232
    Email: azuramaidin@gmail.com
    FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
    ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
    FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.


    No comments:

    Post a Comment