Saturday, October 5, 2013

5 Sebab Minum Air Putih Sebaik Bangun Tidur


Kebanyakan daripada kita sangat-sangat susah nak minum air putih. Kita leih cenderung untuk minum air manis apabila dahaga sedangkan air putih sangat bagus khasiatnya lebih-lebih lagi ianya diambil sebaik sahaja bangun dari tidur. 

Antara 5 sebab kenapa kita perlu minum air putih sebaik bangun dari tidur adalah:

1) UNTUK SEIMBANGKAN SISTEM BUAH PINGGANG

Tubuh yang memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

2) KULIT LEBIH  BERSERI

Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kuit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membersihkan racun dalam darah.

3) MELANGSINGKAN TUBUH

Cuba minum dua gelas air setiap kali bangun dari tidur. Rajin-rajinkanlah minum air pada pagi hari kerana ia boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.

4) MENAMBAH DARAH

Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

5) MEMBERSIHKAN USUS

Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.

Tengok betapa pentingnya air putih. Ini tidak, kita biasa bangun pagi-pagi, air pertama yang diminum teh ata coffe. Memang tidak bagus untuk kesihtan. Jadi sekarang jom kita beralih dan tukar cara pemakanan kita. Kalau yang ada penyakit sembelit, past nak cantik, nak kurus dan nak apa-apa jer lagi..ianya bermula dengan pemakanan kita. Kalau ambil supplement, lagilah perlukan air utk membantu peroses pembaikan dari dalam. Sebab itu air putih ni pening sebab dialah penawar segala penyakit kalau ia sentiasa di amalkan.



sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

No comments:

Post a Comment