Saturday, October 19, 2013

Ketahui Rahsia Mudah Hamil

Di petang yang hening ni, saya nak share tentang RAHSIA MUDAH HAMIL. Teruja tak??

Seperti yang semua maklum, kehamilan hanya akan berlaku jika berlakunya persenyawaan antara SPERMA+OVUM, dan kita juga tahu bahawa wanita mengeluarkan hanya satu ovum pada setiap bulan dan lelaki pula melepaskan jutaan sperma pada setiap ejakulasi. Jadi bagaimanakah dan bilakah ovum yang satu ini boleh bersenyawa dengan jutaan sperma??



TINGKAP KESUBURAN

Kesuburan pun ada tingkap??Menarik..jadi apakah yang dimaksudkan dengan Tingkap Kesuburan?

Pada setiap kitaran haid, seorang wanita mempunyai kira-kira 6 hari untuk hamil. Ini dikenali sebagai TINGKAP KESUBURAN. Tingkap Kesuburan seorang wanita termasuk 5 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri (6 hari)

Dengan mengetahui bila 6 hari Tingkap Kesuburan ini berlaku, kita boleh merancang bilakah masa terbaik untuk bersama pasangan dalam usaha untuk hamil atau dengan kata lain, inilah RAHSIA MUDAH HAMIL ;)

Bila Hari Terbaik untuk Hamil??



Sperma seorang lelaki boleh hidup sehingga 5 hari di dalam salur reproduktif wanita. Ovum seorang wanita hanya hidup untuk kira2 12jam sahaja selepas dilepaskan. Ini bermakna ovum seorang wanita perlu disenyawakan dalam jangkamasa 12 jam selepas ia dilepaskan. Tambahan pula sperma segar tidak berupaya mensenyawa serta merta kerana ia perlu melalui proses pengkapasitanan (perubahan yang perlu dilalui supaya ia berupaya bersenyawa dengan ovum) yang mengambil masa lebih 10 jam.

Sebab itulah tempoh 5 hari sebelum ovulasi adalah sangat penting untuk memastikan peluang untuk hamil lebih tinggi (jika berlakunya hubungan intim).


HARI PENGOVULAN

Mungkin ramai antara anda yang percaya bahawa hari terbaik untuk hamil adalah hari seorang itu mengovulasi. Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bilakah waktu anda mengovulasi dan cuba atur masa persetubuhan hampir dengan masa pengovulan, tetapi hari pengovulan adalah BUKAN HARI YANG TERBAIK untuk anda hamil. (sumber : Journal of Reproductive Medicine)

HARI SEBELUM PENGOVULAN

Suprisingly, hari sebelum pengovulan adalah hari yang lebih baik untuk hamil berbanding hari2 lain kerana sperma yang diejakulasi pada hari sebelum pengovulan telah mempunyai masa untuk menjadi matang dan sampai kepada ovum.

2 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Lebih menarik!! Peluang seorang wanita untuk hamil 2 hari sebelum pengovulan hanyalah satu kemungkinan dan lebih berkemungkinan jika melakukan persetubuhan sehari sebelum pengovulan. Maksudnya bagi pasangan yang cuba untuk hamil, peluang untuk hamil lebih besar jika persetubuhan berlaku beberapa hari sebelum pengovulan.

3 - 4 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Ramai yang menyangka apabila persetubuhan berlaku pada 3 ke 4 hari sebelum pengovulan, peluang untuk hamil adalah tipis. SALAH SAMA SEKALI! Sebenarnya melakukan persetubuhan sama ada pada salah satu dua hari sebelum pengovulan akan memberi anda peluang yang lebih baik untuk hamil daripada melakukan persetubuhan pada hari pengovulan.

5 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Pada hari pertama tingkap kesuburan seorang wanita berlaku, ianya boleh menyebabkan satu kehamilan tetapi secara realistiknya peluang2 untuk hamil adalah terbaik jika dimulakan 4 HARI SEBELUM PENGOVULAN.


Pengetahuan tentang kitaran haid atau kitaran kesuburan seorang wanita itu sangat penting untuk memudahkan perancangan untuk hamil dilakukan. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah kitaran haid tidak normal atau ovum yang tidak membesar (tidak subur), peluang untuk hamil agak sukar. 

Saya cadangkan anda2 yang mengalami masalah ini untuk berikhtiar dengan GLA COMPLEX SHAKLEE.Antara fungsi utama GLA ini adalah:

*meningkatkan kesuburan
*menormalkan kitaran haid
*mengurangkan senggugut
*menstabilkan hormone
*mengurangkan symptom menapouse

Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi SID SHAKLEE sejak Disember 2012, sudah ramai wanita yang berjaya hamil dengan memperkenalkan GLA complex ini. Sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakkal, ALLAH jua yang mengurniakan dan menentukan segalanya :))

TESTIMONI BERJAYA HAMIL DENGAN GLA





Jika ingin mencuba..dapatkan dari saya dengan HARGA PROMOSI + FREE CONSULTATION + MORE EXTRA

sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

No comments:

Post a Comment