Friday, May 16, 2014

Frozen pajamas

Mencari pajamas
Dari saiz 2y-7y rm20
Saiz 8y-12Y rm25-rm27

Berminat boleh klik link ini >>> https://www.facebook.com/pages/KASIH-MAMA-AQIL-Collection/400317176716212

Atau wassap 0176290232

Pajamas frozen


RM20 
SAIZ 2Y-7Y
BERMINAT BLH KLINK LINK IN >>> https://www.facebook.com/pages/KASIH-MAMA-AQIL-Collection/400317176716212
Wassap 0176290232

Tuesday, April 22, 2014

kisah ku..

assalamualaikum semua..salam sejatera..
lama betul zura x update blog...
dah bersarang...hihihi..

hari ni saje nak bercerita masa melahirkan anak saya yang pertama...
muhammad aqil fitri..
ramai x yang seram sejuk bl fikirkn bl nak melahirkn ank?
seronok ada..takut ada..betul x..
macam tu lh sya..
pada hari ahad 1/9/12..saya rasa baby dlm kandungan tak bergerak..jadi saya pergi ke hospital..
sampai hospital..mcm biasa lh..cek sana..cek sini..masa tu ingat lg.. 2 doktar wanita..bl dh cek..bayi ok..jantung semua ok..
sebab dah 39mgu..seorang doktar suruh paksa bersalin..seorang doktar tu nk suruh blik je..bl ada tanda2 bru dtg..sbbkan yg senior dh suruh paksa..kna masuk wad..
tidor lh kat hospital tu..pagi esoknya masuk ubat..7.30pg msk..sampai 3ptg pun xsakit lg..jumpa doktar..doktor bukakan laluan..lpas 30minit dh start sakit..petang tu dh megelupur..duduk xblh..baring xblh..serba xkena..mmg xblh tidor..sampai lh pkul 1 lbh jumpa nurse..ckp dh sakit sgt..xblh than..nurse cek dh buka 4cm..tgu doktar pulak sblm blh pge ke bilik bersalin..lama jgk tunggu..dlm pkul 3 bru doktar dtg..dh cek semua..bru blh pge LR..
sebelum pge LR..call suami..mintak dtg hosp..nk suami teman lh..masa dlm LR tu..dh msk LR..seorang bidan datang pecahkan air ketuban..air ketuban hijau katanya..sakit masa tu 5 minit skli..
5minit sakit..5minit tak..penat sbnrnya.nk tidor pun xblh..sbb sakit kan..dlm LR..dengar doktor2 pelatih beri galakan pd ibu2 yg ingin mrlahirkn..bl dh berjaya..mrka tepuk tangan..
dlm pkul 6 doktar wanita 2 orang dtg masukkn alat utk dengar jantung bayi..masa pasang mmg sakit..6.30pg..doktar ckp..tunggu doktar pakar datang..suami plk entah mn..x masuk2 lg..
pkul 7..doktar pakar dtg..pastu ckp kena czer..sbb bby dah berak..masa tu berserah je pd allah..agar anak zura selamat..dh xkisah..nk belah..pun belah lh..
sakit pun dh xblh thn..doktar pelatih jumpa suami untuk tanda tangan borang utk czer,.bl di tolak dr LR ke bilik pembedahan..kat luar bru jumpa suami..muka suami cuak sgt..risau..penuh sayu pandangan ya..7.30pg..dlm blik pembedahan..di suntik kat tulang belakang..xsampai 1 minit dah kebas..xrasa apa pun..tahu2 baby dh selamat di lahirkan pada 8.04pagi..doktar tunjukn jantina anak..BOY..Pastu terus baby dibawa ke wad kanak2 untuk dipantau..dlm 1 hari..
lpas selesai dijahit..kluar dr tempat czer..mrka letak zura kat 1 tempat..dipasang beg panas..mmg sejuk gila..megeletar bibir ni..
dlm 1jam mcm tu lh..dah ok bru mrka tolak masuk wad blik..
nti..zura sambung lagi ya..bye..

Friday, January 10, 2014

ZINC SHAKLEE


  •  Satu tablet Zinc Shaklee membekalkan 100% DV zink.
  •  Zinc Shaklee adalah asli tanpa warna, perisa tiruan dan pengawet.
Apa yang akan berlaku sekiranya kekurangan zinc?

  • Melambatkan penyembuhan luka - penyembuhan akan berlaku  dgn cepat sekiranya sel baru lagi kuat dpt dibina untuk mengganti sel yg telah rosak dan musnah.
  • Hilang deria rasa dan bau – ia mengubah kimia air liur (saliva).      Akibatnya apa yg dirasai atau dihidu terasa berlainan berbanding dgn      orang yg normal
  •  kemandulan – istilah yg digunakan adalah “below the level of      technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia     mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakkannya      (spem motility).
  • Ruam (rashes
  • Pembesaran yg tidak optimal (kerdil)
  • Masalah buah pinggang
  • Masalah hati
  • Penyakit usus
  • Arthritis
Fungsi Zinc-
  • Perkembangan tisu mata
  • Mustahak untuk pengeluaran sel darah merah
  • Membantu kuasa penyembuhan luka
  • Membina rambut yg sihat
  • Perkembangan kesihatan kulit
  • Kesuburan sistem peranakkan (reproductive system)
  • Membantu pembesaran / perkembangan kandungan (fetus)    yg normal
  • Membantu perkembangan sistem urat saraf
  • Membantu pembiakan , pemulihan sel
  • Membantu menyelenggarakan deria rasa dan bau yg normal 
Berminat untuk dapatkan Zink boleh komen or sms/wassap 017-6290232(AZURA)

Friday, January 3, 2014

22 Cara Menjaga Anak Dengan Betul


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..
Sumber :Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak

Wednesday, December 18, 2013

Ulam-Ulaman Ibu Berpantang



Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana. Antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan perlbagai vitamin termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan dalam pantang seperti daun pengaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Sumber PaMa

Thursday, December 12, 2013

Segarkan Badan Semasa Pantang



Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan.  Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu.



Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam.



Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. In sha Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.

sumber : PaMa