Wednesday, December 18, 2013

Ulam-Ulaman Ibu Berpantang



Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana. Antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan perlbagai vitamin termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan dalam pantang seperti daun pengaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Sumber PaMa

Thursday, December 12, 2013

Segarkan Badan Semasa Pantang



Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan.  Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu.



Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam.



Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. In sha Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.

sumber : PaMa

Tuesday, December 10, 2013

Set Bersalin Shaklee Testimoni Ibu Berpantang Pembedahan

Apa khabar semua

hari ni saya kongsikan satu video tentang set bersalin shaklee untu orang bersalin pembedahan

satu testimoni jujur dari pengguna set bersalin shaklee

berminat untuk dapatkan set bersalin shaklee sms/wassap 017-6290232 (AZURA MAIDIN )





Monday, December 9, 2013

Merangsang kreativiti anak-anak


Berikut adalah 8 cara mudah untuk meningkatkan kreativiti anak-anak:

1. Kesilapan adalah peluang. Kanak-kanak yang takut kepada kegagalan kurang cenderung untuk berfikir secara kreatif. Jika anak-anak kita berasa kecewa apabila berlaku kesilapan, cuba naikkan kembali semangat mereka dengan komunikasi yang positif.
“Apa yang kita boleh lakukan untuk mengubah keputusan ini?"
“Mungkin kita ada cara lain untuk meneruskan projek ini”
Lihatlah kesilapan sebagai peluang untuk membuat perubahan dan berkembang dan bukannya kegagalan.


2. Berlapang hati dengan keadaan yang berselerak. Kebanyakan kita suka ruang yang bersih serta kemas dan akan berasa terganggu apabila keadaan menjadi sebaliknya. Walau bagaimanapun, apabila anak-anak sedang berkreatif, keadaan ruang yang bersepah memang tidak akan dapat dielakkan dan kita terpaksa tutup mata dan bersabar. Fikirkan tentang manfaatnya kepada anak-anak kita yang sedang belajar untuk menjadi kreatif, Kesulitan yang kita alami hanya buat sementara tetapi apa yang mereka pelajari akan kekal bersama mereka sehingga dewasa. Kita boleh menyediakan satu ruang khas di sudut atau di luar rumah untuk anak-anak berkreatif menggunakan warna atau cat air.


3. Berhati-hati apabila memuji. Kita telah banyak mendengar tentang bagaimana pujian boleh menghalang pemikiran bebas kanak-kanak. Pujian yang tidak kena caranya tidak akan memupuk motivasi intrinsik ke dalam diri mereka. Namun bukan semua pujian itu tidak baik. Setiap kali kita terdorong untuk memuji anak-anak, cubalah katakan sesuatu yang objektif.
 "Mama nampak anak mama dah boleh pakai kasut sendiri.”
 “Ayah tahu Along benar-benar berusaha untuk menyelesaikan masalah matematik ini."


4. Berfikiran terbuka. Menawarkan pilihan kepada anak-anak adalah sebagai satu cara untuk menggalakkan pemikiran bebas. Kita mungkin tidak biasa makan nasi pada waktu pagi tetapi jika anak kita ingin makan nasi goreng sebelum pergi ke sekolah, mungkin kita boleh pertimbangkan permintaannya itu. Jika anak mahu membantu di dapur, cuba jadikan dapur kita seperti makmal sains dengan memberi kebenaran kepada anak untuk mencuba beberapa jenis bahan-bahan dan alatan dapur yang selamat dan tidak merbahaya.


5. Modelkan kreativiti. Apakah kreativiti kita? Di manakah tempat yang paling menyeronokkan untuk kita meletakkan kreativiti itu? Memasak, menyanyi, berkebun, melukis, menulis? Anak-anak yang sering melihat ibu bapa berkreativiti dalam bidang tertentu akan lebih cenderung untuk turut serta. Cuba ingatkan kembali waktu kita kecil dahulu, apakah yang paling kita suka lakukan dan apakah yang membuat kita rasa sangat bahagia di waktu itu? Mungkin kita boleh meluangkan sedikit masa untuk melakukan perkara tersebut bersama dengan anak-anak.


6. Jangan mencelah ketika anak sedang berkreativiti. Ini mungkin kelihatan sedikit bercanggah dengan kenyataan #5. Ada masanya kita boleh melakukan sesuatu aktiviti bersama mereka dan ada kalanya kita perlu juga membiarkan mereka melakukan aktiviti bersendirian supaya ada keseimbangan. Jika anak-anak merasakan bahawa ibu bapa sentiasa mengawasi,  mungkin mereka menjadi kurang cenderung untuk mengambil risiko, yang mana ini akan mengurangkan kreativiti mereka. Jika kita memberi sedikit ruang kepada mereka serta menggalakkan autonomi, In Shaa Allah kita akan dapat melihat imaginasi dan kreativiti mereka akan berkembang mekar. Misalnya, apabila kita mendapati anak-anak tenang dan khusyu’ melukis atau menulis, tahan diri daripada mencelah walaupun sekadar bertanya, “Along lukis apa?” Ini akan mengganggu konsentrasi dan menarik mereka keluar daripada alam imaginasi.


7. Luangkan masa untuk kreativiti. Ini boleh menjadi sukar, terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja, tetapi anak-anak memerlukan masa dan bantuan kita untuk berimaginasi. Mungkin kita boleh luangkan 30 minit selepas makan malam untuk melukis sebelum ‘bedtime story’ atau satu jam bermainan permainan yang melibatkan imaginasi setiap hujung minggu. Susun jadual kita dan pastikan ada masa yang diperuntukkan untuk tujuan ini.


8. Mengurangkan masa menonton tv. Ia boleh menjadi sukar bagi sesetengah keluarga untuk mengelak daripada menonton TV sama sekali, tetapi kita masih boleh berusaha untuk mengurangkannya. Ini termasuk juga mengurangkan masa bermain dengan pelbagai ‘gadget’ terkini (seperti smartphone, ipad, tab, laptop dan sebagainya). Masa yang dihabiskan untuk menonton video atau TV atau bermain dengan ‘gadget’ itu lebih baik jika dihabiskan dengan melukis, bermain lego, puzzle atau permaianan imaginasi yang lain.

copy ibubapacemerlang

Thursday, December 5, 2013

CarotoMax Shaklee



Vitamin A dalam rangkaian produk Shaklee adalah Corotomax. Corotomax merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

Corotomax  menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. 
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan  pertumbuhan tisu. 
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 

Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya. Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh


Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

Fungsi lain carotenoid:
  1. Mencegah kanser
  2. Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
  3. Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
  4. Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
  5. Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
  6. Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
  7. Membina semula sel-sel yang rosak.
  8. Melindungi dari rabun malam.
  9. Menjaga kesihatan mata.
  10. Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta kesihatan umum.
  11. Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya


Tanda-tanda kekurangan carotenoid: 
  1. Masalaah jerawat
  2. Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
  3. Tumbesaran terencat
  4. Masalah tidur dan insomnia
  5. Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
  6. Masalah rabun malam.
  7. Oh ye, untuk makluman, Carotenoid turut terdapat dalam Vita-Lea (multivitamin & multimineral) juga. Produk ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Gunakan ID saya : 894884 untuk membuat sebarang pembelian di cawangan Shaklee berdekatan anda.

Berminat? Hubungi Azura Maidin 017-6290232 atau PM saya di  http://tinyurl.com/nx4sv59 


Tuesday, December 3, 2013

PROMOSI OMEGA GUARD



OMEGA GUARD Shaklee mampu membuatkan lemak2 degil dalam badan anda menangis & meraung akibat keberkesanannya..


Hebat tak penangannya??
Promo Disember 2013 - Omega Guard..

Beli 6 Percuma 1
Beli 1 Jimat Banyak!!

Normal Price : Rm136/bottle
Promo now : RmXX sahaja!!

»»»»»»»

SID 894884
017 629 0232

Sunday, December 1, 2013

Omega Guard Shaklee menghakis???

Bila pelanggan mula bertanya.. "betul ke omega shaklee ni boleh menghakis???  saya tengok demo yang dibuat oleh dealer produk A****. dealer tersebut membuat eksperimen ke atas omega keluaran produk A dengan Omega Shaklee dengan meletakkan kedua-duanya ke atas pinggan polisterin. keputusannya omega shaklee telah menghakis polisterin tersebut sedangkan omega A tidak... alamak takut lah nak makan omega shaklee ni... "

Ok.. sebagai pengedar sah shaklee saya pun dengan tenangnya & ala-ala saintis gitu telah mengambil dua bekas polisterin. Saya isi dengan air dan kemudiannya meletakkan 5biji Omega brand XX dalam satu polisterin tersebut manakala satu lagi saya letakkan 1biji Omega brand Shaklee. 1 biji sahaja ya.... Eksperimen ini untuk menunjukkan tindakbalas omega dengan polisterin tersebut.. Air digunakan kerana dealer produk A**** tersebut juga menggunakan air. Jadi saya ingin menunjukkan perbandingan yang sama..


Ni gambar permulaan ujian tersebut. Sebelah kiri diletakkan 1biji Omega Shaklee manakala sebelah kanan 5biji Omega XX...

Selang 5 minit omega shaklee masih kelihatan segar manakala omega XX telah mengecut.

Selang 30 minit kedua-dua Omega tersebut telah melarut... Nampak tak polisterin omega shaklee tu ada sedikit terhakis????

Selang 45 minit.... tada... polisterin omega shaklee telah berlubang2 dan terhakis sedangkan omega XX tidak...

Omega Shaklee


Omega XX

Anda menjadi semakin takut??? Hanya 1 biji sahaja sudah boleh tembus??? Macam asid la pulak boleh menghakis ni.. Alamak habis lah usus....

Sebenarnya kenapa ini berlaku dan adakah ianya betul-betul ‘menghakis?’ Benarkah ianya berlaku disebabkan tindakan kimia atau chemical reaction?

Fahami konsep ni:

Polisterin ialah non-polar polimer dan fish oil pula adalah non-polar liquid. Hampir semua jenis minyak, termasuk minyak ikan boleh melarutkan polisterin dari bentuk solid-liquid. Proses ini bukannya ‘chemical reaction’ ianya sekadar solvent-type action. Contohnya lah..macam kita larutkan gula dalam air..bukan tindakbalas kimia pun..dan makin panas, makin cepatlah ia larut..sebab tu jugaklah kalau experiement kat atas tadi dibuat dengan air suam, lagi lambatlah kesannya..kalau air panas, cepat lah kesannya..
Jadi, dalam hal ini, minyak ikan adalah non polar solvent yang boleh melarutkan non polar polymer. Itu sahaja..

Adakah ianya berbahaya?
Tak bahaya ya..sebab ianya bukan chemical reaction pun..Lagi pun tubuh kita bukan non polar polimer hehe
Tapi kenapa yang sebelah kanan tu tak melarutkan polisterin tu sedangkan itu pun minyak ikan juga?

Ok, disini penjelasannya bergantung kepada seasli mana minyak ikan tersebut..or how pure the fish oil is.
Lazimnya minyak ikan biasa hanya melalui proses penyulingan untuk menyingkirkan  bendasing (impurities) dan mengasingkan minyak ikan dari ikan tersebut. Dengan proses yang ringkas ini, minyak ikan yang diperolehi pastinya kurang berkualiti kerana lemak tepu masih ada dan belum disingkirkan dan minyak ikan pada peringkat ini masih dalam bentuk kompleks, dan pastinya sukar diserap oleh badan. Sebab itulah ianya mengambil masa yang lama untuk melarutkan polimer tadi walaupun pada suhu yang tinggi.

Berbeza dengan minyak ikan yang berkualiti tinggi, minyak ikan ini melalui proses penyulingan kedua atau berperingkat untuk menyingkirkan lemak tepu dan lemak selain Omega-3 fat. Proses ini sangat penting kerana melalui proses inilah bendasing seperti merkuri dan logam berat (mercury and heavy metal..bukan rock band tu ye) daripada ikan. (ini yang kalau kita terlalu banyak ikan, kita bukan shj dapat omega, merkuri semua sekali masuk kedalam sistem badan..sebab tu disyorkan ambil supplement)

Minyak ikan ini berada dalam bentuk yang lebih ringkas, asli, dan tinggi dengan Omega 3..dan tindakbalasnya pun lebih cepat. Sebab tu cawan belah kiri tadi cepat terlarut..

Ringkasnya, lebih pure minyak ikan tu lebih cepat tindakbalasnya.

Ok bab2 hakis menghakis tadi dah clear kan? Nak go details boleh..tapi nanti kena keluar chemical bond lah chemical fomula la..pening nanti semua orang..so itu yang adaa dapat ringkaskan lah.

Bagaimana dengan Shaklee omega guard? 
Kalau tengok gambar kat atas tadi memang tembus lah pinggan tu..Tapi jangan risau, itu membuktikan yang omega Shaklee ni solvent yang bagus dan pure..Betul ke pure? (penyulingan bukan dua tapi tripple molecular distillation!)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak cuba?

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Gunakan ID saya : 894884 untuk membuat sebarang pembelian di cawangan Shaklee berdekatan anda.

Berminat? Hubungi Azura 017-6290232 atau PM saya di  http://tinyurl.com/nx4sv59