Wednesday, November 27, 2013

HERB LAX SHAKLEE bantu kempiskan perut??

Anda mahu kurus dan kempiskan perut? saya sangat-sangat sarankan agar anda mencuba HERB-LAX SHAKLEE. memang terbaik dan sangatlah ramai peminatnya.


Untuk makluman tuan puan, Herb Lax sangatlah hot stuff, sangatlah tinggi demandnya, terutamanya di kalangan pengguna yang ingin menguruskan badan dan mengempiskan perut. stock Herb Lax ni dh lama tak de tau, sebabnya, formulasi untuk membuat herb lax ni menggunakan sumber semulajadi yang susah untuk diperolehi dan hanya yang terbaik. Apa itu herb lax?

Herb-Lax terdiri daripada 9 herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Jom kita tengok apa fungsi-fungsi herba semulajadi yang terdapat dalam formulasi herb lax ni ye?:


  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakansebagai antibiotic.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.


Apa keistimewaan Herb-Lax ni??


  •  Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
  • Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Melawaskan pembuangan air besar.


Herb-Lax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan. Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos kepada 5-8 biji dan boleh kembali ke dos asal setelah proses pembuangan kembali normal.

CARA PENGAMBILAN HERB LAX: 
Herb lax boleh diambil 2 biji  dalam tempoh 4 hari atau sekali dalam tempoh seminggu, bergantung kepada ketahanan perut seseorang. Kalau jenis yang tak tahan, mungkin akan membuang sebaik sahaja ambil dan ada juga tak tidak memberikan kesan sekiranya ambil sekali seminggu dan perlu diambil setiap hari.

HARGA HERB LAX: RM52.50 dan sgtlah berbaloi kerana berjumlah 120 biji dalam sebotol.

JOM dapatkan HERB LAX SHAKLEE anda hari ini juga! saya ada STOK yang sangat-sangat TERHAD di dalam tangan!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, November 26, 2013

Herbal Blend Multi Purpose Cream Shaklee


Herbal Blend Multi Purpose Cream Shaklee:
HARGA: RM27.50 (WM) / RM28.75 (EM)

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, saya sangat menggalakkan anda untuk menggunakan krim Herbal Blend ini..macam-macam kegunaan tau.. untuk ruam susu, ruam lampin, ruam peluh, gatal-gatal pun boleh gak. ^_^..nama pun multi-purpose kan..

Lagipun harganya memang sangat murah dan berbaloi untuk disimpan satu kat umah.

Antara Kelebihan lain:
1. Dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
2. Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
3. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
4. Ada gak sapu kat perut untuk mengurangkan inci gituww.. ^_^.
5. Untuk gosok2 & massage suami pun bole gak tau..suami pun semakin sayang.. ahaks!!

Ni pula antara testimoni herbal blend ni:


Testimoni Bbaby Amni

Saya sapukan pada ruam susu Amni dan dalam 1-2 hari sudah kering. Walaupun berulang kali berlaku, saya tetap sapukannya. Baunya pun sedap dan tidak seperti bau ubat sapu hospital.

Sebelum sapu..merah-merah badan Amni
Tengok..dah hilang ruam nya..

testimoni kulit kaki yang merekah dan menggelupas..3 hari woow..licin je..


Berminat? Hubungi Azura 017-6290232 atau PM saya di  http://tinyurl.com/nx4sv59 





Monday, November 25, 2013

VITAMIN E~ ANTIOKSIDAN YANG PALING MURAH TAPI SUPERB EFFECT!!


Jangan terkejut tengok poster di atas ye..its a FACT...telan sebiji vita E or 2667 bowl corn flakes???

Hehe..poster di atas sebagai info tambahan untuk anda..hari ni nak cerita pasal GRAPE SEED yang terdapat dalam vitamin E shaklee ni...nak tahu fungsi GRAPE SEED??Jom intai :

~ Antioksidan yang berkualiti tinggi
~ Healing properti : Sebab tu vitamin E bagus digunakan untuk luka melecur atau treat jerawat.
~ Mengurangkan kolestrol dan LDL dari teroksida seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung
~ Mengurangkan risiko kanser
~ Menguatkan tulang jika diambil bersama Kalsium
~ Anti aging
~ Mengurangkandarah beku
~ Melegakan masalah urat timbul


Lepas tu bukan grape seed je menjadikan vitamin E shaklee special tau, Selenium yang mempunyai fungsi  untuk melindungi sperma juga terdapat dalam Vitamin E ni...Sebab tu ramai lelaki suka ambil vitamin E ini..<< UNTUK KESUBURAN & UNTUK KURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG>>>

Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:
1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3.Pilih Vit E yg berserta selenium
Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan


Berminat? Hubungi Azura 017-6290232 atau PM saya di  http://tinyurl.com/nx4sv59 

Jadual pengambilan Shaklee dan pantang larang

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Bagi setiap pelanggan mychibibox, saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi


  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.



Selain itu, anda perlu baca entry berikut untuk mengetahui cara mengoptimumkan pengambilan vitamin

Optimumkan kesan pengambilan vitamin


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di azuramaidin@gmail.com atau SMS 017-6290232 ( Azura) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook KasihMamaAqil untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Sunday, November 24, 2013

Menangani anak yang kuat merengek

Menghadapi anak kecil yang suka merengek, ibu bapa harus mempunyai kesabaran yang tinggi karena ia mudah sekali menangis. Tingkah laku ini berhubung rapat dengan temperamen anak. Umumnya temperament anak dibahagi kepada tiga:

  • mudah
  • sukar
  • lambat (slow to warm up).


Untuk mengetahui temperamen anak kita, ibu  bapa perlu melihat ciri-ciri mudah, sukar, dan lambat ini semenjak anak masih bayi. Anak yang tergolong dalam kumpulan pertama sangat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang baru. Sebaliknya anak yang tergolong dalam kumpulan kedua sukar menyesuaikan diri dengan menunjukkan reaksi yang negatif bila diletakkan dalam situasi yang baru. Anak yang tergolong dalam kumpulan ketiga pula lambat serta memerlukan masa tertentu untuk menyesuaikan diri. Secara umumnya anak-anak yang selalu merengek adalah anak-anak yang mempunyai temperament sukar dan lambat.

Faktor penyebab dan cara-cara melayani anak-anak yang suka merengek


1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

Sikap Ibu bapa:
Perlu peka terhadap keadaan fizikal anak dan cari punca kenapa anak merengek dan selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, anak akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani

2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.

Sikap ibu bapa:
* Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.
* Ajak anak berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahwa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. ibu tak tahu dan tidak faham apa yang Nina mahu. Cuba cakap baik-baik dengan ibu, beritahu elok-elok dengan ibu apa yang Nina mahu.."
* Berilah perhatian kepada anak setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Ibu bangga Nina tidak merengek ketika mandi tadi.."

3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.

Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula. Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Nina nak mandi dengan air panas atau air sejuk?" Melalui cara ini, tujuan untuk memandikan anak dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa oleh ibu bapanya Sedikit sebanyak anak merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.

4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.

Sikap Ibu bapa:
Ibu bapa harus bersabar. Peluklah anak sambil menenangkannya seperti, "Ibu sayang pada Nina. Nina jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat anak merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.

5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.

Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, Nina suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.

5 sikap positif ibu bapa dalam melayani anak yang kuat merengek.


1. Berfikir positif
Ibu bapa seharusnya tidak mudah berputus asa bila melihat anak misalnya mempunyai temperamen slow to warm up, yang memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Berfikirlah secara positif bahwa kita dapat membentuknya menjadi anak yang baik. Dengan keyakinan ini, terbentuklah hubungan yang baik antara ibubapa dan anak.

2. Tidak mengalah kepada rengetan anak
Cara ibu bapa berinteraksi dengan anak dapat mempengaruhi sikapnya. Misalnya, si anak yang memiliki kecenderungan untuk merengek menjadi semakin teruk jika dia memahami bahawa rengetannya itu dapat dijadikan sebagai senjata bagi dirinya. Apalagi bila ibu bapa selalu memenuhi atau mengalah pada rengekannya. Namun bila ibu bapa bersikap tegas dan tidak mudah mengalah, lama kelamaan rengetan itu akan berkurangan.

3. Tidak memberikan label
Pemberian label kepada anak akan menyebab anak menjadi tidak yakin kepada dirinya sendiri. Bahkan lambat laun ia menjadi anak seperti yang dilabelkan selama ini. Umpama, diberi label “kaki merengek”, dan dipanggil dengan gelaran itu setiap hari, maka sikapnya yang suka merengek akan berterusan.

4. Fokus kepada sikap anak
Untuk membangunkan sikap positif anak, selalulah memerhati tingkah lakunya yang baik dan berikan penghargaan. Jangan hanya memberikan perhatian ketika anak berkelakuan buruk. Contoh, "Wah, hari ini Nina tidak merengek langsung. Ibu suka hati bila Nini berkelakuan begini. Ini dapat menanamkan rasa keyakinan diri pada anak.

5. Tidak membandingkan-bandingkan

Setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan. Tugas ibu bapa adalah memaksimakan kelebihan setiap anak dan meminimakan kekurangannya. Ini dapat menanamkan rasa percaya si kecil bahwa dirinya memang memiliki keistimewaan sama seperti teman-temannya yang lain.

Thursday, November 21, 2013

BASIC H²™ ORGANIC SUPER CLEANING CONCENTRATE


Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
  • Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Basic H adalah cecair serbaguna dikenali juga dgn nama cecair organik 1001 Kegunaan. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan. Yg penting ia adalah selamat, organik, non-toxic, natural dan biodegradable surfactants!

KEGUNAAN & CARA


1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit.
Membuat sayur yg layu menjadi rangup!
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas






UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.

Berminat? Hubungi Azura 017-6290232 atau PM saya di AZURA MAIDIN


Beberapa Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : 


"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : 
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 

Kesilapan pertama : Kurang berdoa 

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah 
Saidul (penghulu) Istighfar 
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) 
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) 
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah 
Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128) 
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74) 
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 


Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : 
menakutkan anak-anak dengan sekolah 
menakutkan dengan tempat gelap 
menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau 
menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 


Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak 
tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak 
terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 


Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif 
mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). 
membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 


Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). 
ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 


Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." 
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas 
ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 


Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 


Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 


Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, dibolehkan merotan anak dengan tujuan mendidik  dan ada syarat serta cara-caranya agar tidak mencederakan.


Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 


Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 


Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 


Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 


Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

=================================  
Sumber: Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998 
                Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa

Cara-cara Mendidik Anak Berbudi Bahasa




Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang memerlukan masa yang berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang singkat. Membentuk anak mengenai budi merupakan suatu proses yang berterusan. Anak2 yang masih kecil suka akan peraturan dan secara umumnya suka akan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa kata ikuti panduan untuk membentuk budi bahasa dalam diri anak2 dan anda sebagai boleh ibu bapa, suatu hari nanti boleh berbangga dengan hasilnya.

Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.
- Secara tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain. Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan baik kepada anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

Bantu lakukan kerja rumah.
- Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Aktiviti ini merupakan suatu pengenalan kepada anak untuk membantu ahli keluarga membersihkan rumah serta jangan lupa untuk mengajarnya asas tatatertib menggunakan telefon.

Praktik kesopanan dalam keluarga.
- Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘ terima kasih ‘. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga. Jika anak terlupa untuk untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu untuk mengingatkannya seperi berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan pastinya dia sedar bahawa anda sedang menunggu untuk dia ucapkan ' terima kasih ‘.

Mudah meminta maaf dan memaafkan.
-Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.

Memberikan pujian.
-Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul. Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
-Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.

Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.
- Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.

Menggunakan penggunaan ayat yang betul.
-Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta anak ulangi ungkapan tadi.

Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
- Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.

Menjadi model tatatertib kepada anak.
-Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang kita lakukan.

Berlatih untuk duduk diam di meja makan.
-Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin membuatkan kita marah.

Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.
-Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.

Komen.
-Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘

Minta kebenaran.
-Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’

Salam.
-Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.

Suara.
-Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu bersuara perlahan.


Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan persekitaran yang cemerlang.

-----------------------------------------------------------
Sumber: Pa & Ma

Wednesday, November 20, 2013

VIVIX PROMO LAGI!!!*LIKE*LIKE

November promo datang lagi..promo VIVIX datang lagi!!
Bukan senang VIVIX ni nak dapat harga promo ye tak..murah bukan murah sikit..murah banyak tau...

Saya antara yang nak rebut peluang nak beli untuk ibu bapa or saudara mara...share tentang kebaikan vivix yang tiada tolok bandingan!



Sebelum ni saya pernah share tentang buah-buahan dalam vivix..memang hebat! Boleh klik link ini untuk baca tentang kehebatan VIVIX

Untuk testimonial pula boleh klik sini



Ok..Hari ni nak cerita pasal RESVERATROL pula..



APA ITU RESVERATROL??

RESVERATROL adalah kumpulan tumbuhan yang di panggil polifenol. A GREAT ANTIOKSIDAN! Dalam gambar di atas kita boleh tengok macam-macam fungsi resveratrol..best kan fungsinya..boleh lawan kanser, boleh jadi anti aging, boleh elak pengoksidaan LDL..boleh cegah diabetes..

TAPI tahukah anda resveratrol dalam VIVIX ni di ekstrak dari Muscadine grapes dan ia adalah TULEN dan asli...Biasa resveratrol ni dijumpai dalam Wine merah..Wine kan di buat dari anggur kan...So memang tinggi kadar resveratrol dalam tu..

Tapi VIVIX ni lagi powerful sebab 

1 sudu teh VIVIX = 100 gelas Wine merah
Terbaik la VIVIX..

dan ianya

HALAL...wine merah kita tak boleh consume kan?kan?

Banyak sidelines saya bagi testimonial yang memang menarik minat sesiapa sahaja untuk beli..ada yang claim mencantikkan kulit ( yang ni memang betul sebab antioksidan yang superb), ada yang cerita suami makin suka tengok isteri cantik..masing-masing kalau tengok pengguna VIVIX, kulit mereka glowing2 berseri...takkan nak mereka aja kulit glowing kan? Anda tak nak?

JOM rebut peluang time promo ni...Harga sangat best dan pasti anda teruja dengan hasilnya!!;)

Berminat? Hubungi Azura 017-6290232 atau PM saya di AZURA MAIDIN



Tuesday, November 19, 2013

KEAJAIBAN VIVIX ` memang tonik ajaib!!


Tengok botol jer teruja kan nak beli? Hehe. Saya admire design botol-botol yang macam ni memang cantik. Kecil-kecil cili api tau. Jangan ingat botol kecil..FUNGSI yang beribu!!

Hari ini saya gali ilmu tentang vivix pula. Memang teruja nak hadiahkan kepada parents dan memang teringin nak telan sebotol untuk saya. Hehe. Sangat banyak benefit kerana kandungannya semua buah-buahan yang sangat berkualiti dan sering digunakan untuk merawat penyakit pada zaman dahulu. Jom tengok sekilas!!


MUSCADINE GRAPES

•* Anti oksidan tinggi
•* Ada resveratrol( 6 kali lebih dari grape biasa
•* Lindungi kulit dari UV
•* Mengurangkan kolestrol
•* Mengelak kanser
•* Regulate blood sugar
•*Preven blood clot
•* Memerangi radikel bebas


POLYGONUM CUSPIDATUM

 Anti  aging
•Membetulkan DNA
•High resveratrol
•Cegah diabetes
•Enhance athletic


PURPLE CARROT

*Anti oksida tinggi
•Anti radang : sesuai untuk artiritis
•Antibakteria
•Prevent cancer
•Virus fighter
•Ada high vita A = elak blood clot > PREVENT STROKE
•Menguatkan rambut
•Mengurangkan blood pressure & stabilkan paras gula
•28 lebih antioksidan dari carrot biasa


European Elderberri
Untuk asma & sembelit
•High antioksida lebih dari vita E dan vita C
•Mengurangkan oksidasi
• Anti viral
•Membaiki penglihatan
•Immune booster
•Membaiki sistem pernafasan
•Relive tonsilitis dan sinus
•Improve cough & flul


Dah baca semua fungsi setiap ekstrak di atas? Memang superb kan. ALL IN ONE. Kalau rasa malas nak telan vitamin banyak-banyak, telan VIVIX ni. Insha Allah berkesan .

Untuk darah tinggi, kulit cantik, strok, kesihatan mata, artiritis, sistem imun, anti aging, sistem pernafasan, diabetes, SLE disease dan macam-macam lagi lah. YOU JUST NAME IT!

PROMO HANGAT UNTUK BULAN MEI. JOM DAPATKAN PALING KURANG SEBOTOL ATAU GRAB TERUS 6 BOTOL UNTUK KELUARGA ANDA!!!



Berminat? Hubungi Azura 017-6290232 atau PM saya di AZURA MAIDIN

Monday, November 18, 2013

Set Slim Sihat

 SET ‘SLIM’ SIHAT 
★★★★★★★★★★

Obesiti boleh dimaksudkan sebagai lebihan lemak yang terkumpul dalam tisu lemak sehingga menyebabkan kesihatan seseorang terjejas.

Melalui Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan pada tahun 2011 yang lalu, kekerapan obesiti adalah 19.5%. Lebih banyak wanita yang mengalami obesiti (22.5%) berbanding lelaki (14.1%). Kaum India mencatatkan jumlah paling banyak obesiti (24.6%) diikuti kaum Melayu (23.2%) dan kaum China paling sedikit (8.2%).

Secara purata,
2 daripada 5 rakyat Malaysia mempunyai lebih berat badan atau obes!
Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pada 2015 kelak, lebih ramai manusia mati akibat masalah kegemukan berbanding masalah kelaparan.

================================

Ingin KURUS cara sihat?

Kami ada KUNCInya. Kesan seawal 2 minggu *.
Dapatkan “Set Slim” Shaklee. Singkirkan Lemak, Turunkan berat, kecilkan saiz badan dan memelihara 100% jisim otot. Telah diuji secara klinikal, Selamat, berkesan dan dihasilkan dr bahan semulajadi.
*  Perlu minum banyak air (3 liter sehari)
*  Makan supplemen secara konsistan
*  Disertai senaman utk kesan berganda
*  Mengenyangkan (+ Sumber protien)
*  Bole dapat byk manfaat lain dalam satu pakej.

Harga JIMAT, DIET SIHAT dan Anda pasti teruja hasilnya.

✿ Lecithin ✜ Alfalfa ✜ Cinch Shake ✿



✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰✰


 LECITHIN ✜ ALFALFA ✜ CINCH SHAKE 

**LECITHIN
Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’. Dalam kata lain ringkasnya ia menyebabkan lemak itu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding mambran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

* Kelebihan Lecithin
++++++++++++++++
Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol trigliserida dan lemak2 yg lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.

Kenapa org yang nak kurus suke lecithin?
Kerana ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecithin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin, pasti ianya keputusan yg bijak

Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.

Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin

Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...

Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia

Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma,bronkitis dan emphysema

Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 518mg.

** ALFALFA
Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik.

Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink. Khasiat Alfalfa - : Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, Menyah amonia, Menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.
Baik Untuk Penyakit Berikut:

✦ Kencing Manis
✦ Darah Tinggi
✦ Jantung
✦ Sembelit
✦ Cuci Usus dan membuang toksid dalam badan
✦ Badan lemah
✦ Tingkat stamina lelaki dan seks
✦ Milk Booster - Menambah susu ibu
✦ Kurangkan berat badan
✦ Bertindak seperti ‘Kacip Fatimah’ moden Wanita

Khasiat Daun Alfalfa
++++++++++++++++++
❣Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
❣ Melegakan sakit sendi dan belakang.
❣Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
❣ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak
Peppermint)
❣Memberi kelegaan semasa haid.
❣Merawat arthitis
❣ Bagus untuk elergi dan ekzema
❣ Merawat asma
❣ Mencuci usus bagi membuang toksik
❣ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
jangkita dalam buah pinggang
❣Meneutralkan asid dalam badan
❣ Merawat masalah keputihan pada wanita
❣ Membesar dan menegangkan payudara
❣ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
❣Memulihkan urat selepas bersalin
❣Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
❣ Meningkatkan stamina seorang suami
❣ Melegakan sembelit


** CINCH SHAKE
Pengalaman 50 tahun Shaklee menerajui sains nutrisi telah menghasilkan Cinch Shake yang terbukti selamat dan berkesan. Pada kebanyakkan diet, kita akan kehilangan lemak dan otot. Apabila kehilangan otot kadar metabolisma akan menurun dan badan akan hilang keupayaan untuk membakar lemak. Ia mengakibatkan berat badan tidak turun dan kita akan ‘give-up’ dan berhenti diet dan kesannya badan akan menjadi bertambah berat. Kitaran ini akan berulang jika kita meneruskan diet dan kesannya dipanggil ‘Kesan YO-YO’.
Namun Perkara istimewa mengenai Cinch Shake Shaklee ialah ia di perkasa dengan ‘Leucine’ yang dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak. Maknanya apabila kita mengambil Cinch shake ia dapat menyingkirkan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot badan kita. (Menarik bukan!)

## Kelebihan CINCH SHAKE
• Memberikan khasiat seperti satu hidangan lengkap tetapi dengan rasa seperti menikmati pencuci mulut.
• Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leucine
• Powered by leucine untuk memelihara otot semasa menurunkan berat badan
• Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian yang memberi rasa puas dan mengenyangkan.
• Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
• Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
• Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
• Sesuai juga untuk pengidap kencing manis.
• Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
• Soya bukan GMO

## Ringkasnya kenapa Cinch Shake berkesan ?
Leucina kekalkan jisim otot tanpa lemak – metabolisma badan meningkat
Hilang berat dari Lemak
Mengenyangkan dan memberi tenaga
Terbukti secara klinikal

## Didatangkan dengan 3 jenis perasa yang sangat sedap:
* CAFÉ LATTE (765g)
* VANILLA (765g)
* CHOCOLATE (765g) 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.