Thursday, October 24, 2013

Asma/ Asthma: Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Bagi Yg Menghidapinya?

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

“Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.






Wednesday, October 23, 2013

Performance Drink Shaklee minuman tenaga (isotonik)

Tahukah anda bahawa Shaklee juga mempunyai minuman isotonik yang dikenali sebagai Shaklee Performance Drink (Pure Hydration Drink). Performance Drink ini memang popular di kalangan ahli sukan. Mereka sering mengamalkannya sebagai salah satu vitamin untuk bersukan. 




Betulkah Performance Drink ini minuman isotonik? Ramai yang tidak mempercayai bahawa Shaklee juga mampu menghasilkan minuman isotonik. Tapi pelu diingatkan bahawa minuman isotonik Shaklee ini berbeza dengan minuman isotonik lain yang terdapat di pasaran. Apakah perbezaannya?

Ciri-ciri utama Performance Drink ini adalah:

Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes) 

Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
·         cuaca panas melampau (badan dehydrated)
·         badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
·         beriadah atau bersukan
·         melakukan kerja berat seperti buruh binaan dan nelayan

Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:

1.      Mereka yang aktif bersukan .
2.      Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
3.      Mereka yang menghidap gout.
4.      Ibu yang menyusukan anak.
5.      Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
6.      Mereka yang kurang minum air.
7.      Mereka yang kerap sakit kepala.
8.      Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
9.      Kanak-kanak yang demam.
10.  Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya..


Tuesday, October 22, 2013

7 TIPS MEMBUATKAN OTAK BERFIKIR LEBIH PANTAS

Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi. Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga memerlukan latihan. Kita perlu melakukan beberapa perkara untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya, atau memanipulasinya.



Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak kita bekerja lebih baik.


1. Ambil dos EPA secukupnya


EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.

2. Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah satu bentuk latihan yang sempurna, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan.

3. Buat teka teki
Teka-teki silang kata, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak kita tetap pada kedudukan terbaik. Sama seperti otot, jika kita tidak berlatih secara regular, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu kita menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran kita lebih 'jernih.'

5. Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua belah otak. Pastikan korang ketawa setiap hari yer. Lagipun senyum itu sedekah 

6. Berfikiran Kreatif
Melukis atau mempelajari alat muzik dapat menyebabkan manusia berfikir lebih cepat dan Kreatif. Jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming.

7. Berkomunikasi dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran kita dari penjara pikiran 'seorang dewasa', anda akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada terpikir sebelum ini.



Monday, October 21, 2013

TANDA IBU HAMIL KURANG DARAH

Ibu hamil ada kalanya boleh pengsan dengan tiba-tiba saja. Ketika sedang berdiri di pejabat ataupun mungkin juga di pusat membeli belah ada masanya ibu hamil mungkin berasa pening-pening disertai dengan pandangan kabur. Tubuh juga terasa longlai hingga seterusnya menyebabkan diri rebah dan tidak sedarkan diri.


Sekiranya berlaku di tempat yang ramai orang, anda mungkin boleh selamat kerana ada yang boleh memberi pertolongan, tapi bagaimana sekiranya anda sendirian di dalam lif ataupun ketika sedang menaiki tangga. Ia mungkin boleh membahayakan.

Penyebab utama keadaan ini adalah anemia atau kadar hemoglobin atau sel darah merah yang terlalu rendah (6g/100ml) sedangkan ukuran normal sekitar 12g/100ml. Tubuh seharusnya mendapat bekalan darah yang lebih banyak bagi mengangkut oksigen dan juga makanan ke janin.

Sekiranya volume darah anda tetap sama seperti sebelum hamil sedangkan jumlah darah yang ada dipakai untuk keperluan anda dan janin maka secara automatik volume darah jadi berkurangan. Akibatnya jumlah oksigen ke otak akan berkurangan dan anda akan jatuh pengsan.

Penyebab Lain
Pada awal kehamilan hingga ke pertengahan trimester kedua, pembuluh darah ibu hamil akan melebar. Sering kali volume darah yang tersedia tidak cukup untuk mengisi ruangruang kosong di pembuluh darah yang melebar ini.

Akibatnya terjadi tekanan darah rendah. Inilah yang akan membuatkan ibu hamil mudah pening dan pengsan. Seharus nya setiap kali merasai gejala ini, ibu hamil ber waspada dan segera mendapat pemerik saan doktor.

Kesan Lain
Selain daripada pengsan, anemia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti keguguran, pendarahan dan jangkitan sebelum dan selepas bersalin. Selain itu ibu hamil juga mungkin mengalami kesukaran men jelang proses bersalin akibat kontraksi yang tidak muncul dengan baik.

Tambah Darah
Bagi mengelakkan berlakunya kesankesan yang buruk, ibu hamil perlu menambah jumlah darah melalui pengambilan makanan yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B12.

Oleh itu ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan-makanan yang dapat mem bentuk sel-sel darah merah seperti hati, ikan teri, daging merah, kacang-kacang, sayuran berwarna hijau, kuning telur dan buah-buahan selain mengambil vitamin C, daging, ayam dan ikan untuk memudahkan penyerapan zat besi.

Di samping mengatasi masalah kekura ngan sel darah merah melalui pola makanan yang tepat, gejala mudah pengsan juga boleh diatasi dengan ber usaha melancarkan peredaran darah. Caranya adalah dengan :
• Melakukan senaman ringan seperti yoga atau jalan kaki.
• Elakkan bangun secara tiba-tiba daripada posisi tidur atau duduk, sebaliknya ambil masa dan bangkit perlahanlahan.
• Jangan berdiri terlalu lama.
• Jangan terlalu kerap berada dalam keadaan sesak atau suasana bising dan hiruk pikuk.
• Jika anda ibu yang bekerja, ambillah waktu untuk berehat seketika dengan berlunjur kaki.
• Minum air yang cukup.

Kami di Shaklee, mengesyorkan anda mengambil Vitalea sebanyak 2 biji sehari untuk menangani masalah kurang darah. Ramai wanita hamil telah berjaya mengatasi masalah kurang darah dengan pengambilan Vitalea.

Sebotol Vitalea mengandungi 120biji, ini bermakna sebotol untuk kegunaan 2 bulan dengan harga yang tak sampai RM80.

Lain2 suplement untuk wanita hamil :  MAKANAN TAMBAHAN WANITA HAMIL
Untuk mendapatkannya, sms/call saya di 0176290232

Saturday, October 19, 2013

KEGUGURAN AWAL..petanda ovum rosak??

Hari ini nak bercerita pasal KEGUGURAN., saya pernah diuji dengan keguguran dan  kawan2 dan saudara mara, kakak saya, ramai yang mengalami keguguran..malah ada yang mengalaminya ketika kandungan terlalu muda atau kecik. Banyak yang terjadi keguguran dikesan apabila scan (ultrasound) dibuat, kelihatan kantung kosong dan tiada denyutan jantung dikesan. 



Pernah alami tak situasi ini??? 

Sebenarnya, jika anda telah melalui keguguran awal, anda mungkin mempunyai ovum yang rosak. Ovum yang rosak adalah satu keguguran yang sangat awal. Apabila satu ovum itu rosak, ianya tidak bermakna yang anda tidak hamil. Ia bermaksud bahawa kehamilan itu berakhir terlalu awal sehinggakan telur yang disenyawakan tidak sempat membentuk menjadi satu fetus. Apabila seorang wanita mempunyai ovum yang rosak, satu kantung kosong dapat dilihat semasa ujian ultra bunyi tetapi tiada apa yang dapat dilihat di dalam kantung tersebut.

MENDIAGNOSIS OVUM YANG ROSAK
Jika doctor mengesyaki suatu kerosakan ovum, beliau boleh melakukan ujian ultra bunyi yang lain selepas beberapa hari setelah ujian ultra bunyi yang pertama dilakukan bagi mengesahkan kerosakan ovum itu. Ovum yang rosak diketahui dengan mengukur kantung gestasi. Ukuran2 ini adalah berdasarkan kepada kriteria2 yang telah dibuktikan. Jika anda mempunyai kantung gestasi yang besar yang tidak mempunyai embrio didalamnya, anda berkemungkinan besar didiagnosis mempunyai ovum yang rosak.

ADAKAH KEGUGURAN AKAN BERLAKU JIKA MEMPUNYAI OVUM YANG ROSAK??
Unfortunately, ovum yang rosak sememangnya akan berakhir dengan satu keguguran. Ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk berlaku dan doctor akan menawarkan untuk melakukan D&N. Satu D&N biasanya tidak diperlukan untuk satu ovum yang rosak tetapi sesetengah wanita lebih gemar memilih untuk melakukan D&N daripada mengalami satu keguguran yang semulajadi.

APAKAH PUNCA TERJADINYA KEROSAKAN OVUM?
Kebiasaanya suatu ovum yang rosak disebabkan oleh sejenis masalah kromosom. Kira2 50% keguguran awal disebabkan oleh ovum yang rosak.Satu ovum yang rosak selalunya berlaku sekali sahaja. Seorang wanita yang mempunyai ovum yang rosak biasanya akan melalui kehamilan yang sihat selepas itu.

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KEROSAKAN OVUM?
Malangnya hanya sedikit sahaja yang boleh dilakukan untuk mengatasi atau merawat ovum yang rosak. Doktor mungkin akan mengesyorkan satu ujian jika anda pernah mengalami keguguran awal yang berulang. Walau bagaimanapun sebaik sahaja ovum rosak dikenalpasti, tiada apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya keguguran. Ianya amat jarang bagi seorang wanita hamil dengan ovum rosak.


Tingkatkan Kesuburan dengan GLA COMPLEX SHAKLEE & Kuatkan Rahim (untuk mengelak keguguran) dengan ESP SHAKLEE..


Jika anda salah seorang yang pernah mengalami kerosakan ovum, dan mengalami keguguran berulang, disarankan untuk mencuba GLA COMPLEX SHAKLEE untuk meningkatkan kesuburan dan menstabilkan hormone serta memastikan tiada masalah kromosom berlaku yang mana boleh  menyebabkan kerosakan ovum ini. Pada masa yang sama, ESP sangat diperlukan kerana ianya sumber protein yang berkualiti yang boleh membantu pertumbuhan sel dan otot2 dinding Rahim supaya lebih teguh dan kuat untuk menampung kehamilan anda.

Jangan biarkan anda terus dibelenggu dengan masalah ovum yang rosak dan keguguran awal berulang, berikhtiarlah dengan sumber yang halal & dijamin selamat, selebihnya Allah akan menentukan yang terbaik untuk anda ;)

sekian dahulu dari saya.

Jika ingin mencuba..dapatkan dari saya dengan HARGA PROMOSI + FREE CONSULTATION + MORE EXTRA

sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.


Ketahui Rahsia Mudah Hamil

Di petang yang hening ni, saya nak share tentang RAHSIA MUDAH HAMIL. Teruja tak??

Seperti yang semua maklum, kehamilan hanya akan berlaku jika berlakunya persenyawaan antara SPERMA+OVUM, dan kita juga tahu bahawa wanita mengeluarkan hanya satu ovum pada setiap bulan dan lelaki pula melepaskan jutaan sperma pada setiap ejakulasi. Jadi bagaimanakah dan bilakah ovum yang satu ini boleh bersenyawa dengan jutaan sperma??



TINGKAP KESUBURAN

Kesuburan pun ada tingkap??Menarik..jadi apakah yang dimaksudkan dengan Tingkap Kesuburan?

Pada setiap kitaran haid, seorang wanita mempunyai kira-kira 6 hari untuk hamil. Ini dikenali sebagai TINGKAP KESUBURAN. Tingkap Kesuburan seorang wanita termasuk 5 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri (6 hari)

Dengan mengetahui bila 6 hari Tingkap Kesuburan ini berlaku, kita boleh merancang bilakah masa terbaik untuk bersama pasangan dalam usaha untuk hamil atau dengan kata lain, inilah RAHSIA MUDAH HAMIL ;)

Bila Hari Terbaik untuk Hamil??



Sperma seorang lelaki boleh hidup sehingga 5 hari di dalam salur reproduktif wanita. Ovum seorang wanita hanya hidup untuk kira2 12jam sahaja selepas dilepaskan. Ini bermakna ovum seorang wanita perlu disenyawakan dalam jangkamasa 12 jam selepas ia dilepaskan. Tambahan pula sperma segar tidak berupaya mensenyawa serta merta kerana ia perlu melalui proses pengkapasitanan (perubahan yang perlu dilalui supaya ia berupaya bersenyawa dengan ovum) yang mengambil masa lebih 10 jam.

Sebab itulah tempoh 5 hari sebelum ovulasi adalah sangat penting untuk memastikan peluang untuk hamil lebih tinggi (jika berlakunya hubungan intim).


HARI PENGOVULAN

Mungkin ramai antara anda yang percaya bahawa hari terbaik untuk hamil adalah hari seorang itu mengovulasi. Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bilakah waktu anda mengovulasi dan cuba atur masa persetubuhan hampir dengan masa pengovulan, tetapi hari pengovulan adalah BUKAN HARI YANG TERBAIK untuk anda hamil. (sumber : Journal of Reproductive Medicine)

HARI SEBELUM PENGOVULAN

Suprisingly, hari sebelum pengovulan adalah hari yang lebih baik untuk hamil berbanding hari2 lain kerana sperma yang diejakulasi pada hari sebelum pengovulan telah mempunyai masa untuk menjadi matang dan sampai kepada ovum.

2 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Lebih menarik!! Peluang seorang wanita untuk hamil 2 hari sebelum pengovulan hanyalah satu kemungkinan dan lebih berkemungkinan jika melakukan persetubuhan sehari sebelum pengovulan. Maksudnya bagi pasangan yang cuba untuk hamil, peluang untuk hamil lebih besar jika persetubuhan berlaku beberapa hari sebelum pengovulan.

3 - 4 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Ramai yang menyangka apabila persetubuhan berlaku pada 3 ke 4 hari sebelum pengovulan, peluang untuk hamil adalah tipis. SALAH SAMA SEKALI! Sebenarnya melakukan persetubuhan sama ada pada salah satu dua hari sebelum pengovulan akan memberi anda peluang yang lebih baik untuk hamil daripada melakukan persetubuhan pada hari pengovulan.

5 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Pada hari pertama tingkap kesuburan seorang wanita berlaku, ianya boleh menyebabkan satu kehamilan tetapi secara realistiknya peluang2 untuk hamil adalah terbaik jika dimulakan 4 HARI SEBELUM PENGOVULAN.


Pengetahuan tentang kitaran haid atau kitaran kesuburan seorang wanita itu sangat penting untuk memudahkan perancangan untuk hamil dilakukan. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah kitaran haid tidak normal atau ovum yang tidak membesar (tidak subur), peluang untuk hamil agak sukar. 

Saya cadangkan anda2 yang mengalami masalah ini untuk berikhtiar dengan GLA COMPLEX SHAKLEE.Antara fungsi utama GLA ini adalah:

*meningkatkan kesuburan
*menormalkan kitaran haid
*mengurangkan senggugut
*menstabilkan hormone
*mengurangkan symptom menapouse

Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi SID SHAKLEE sejak Disember 2012, sudah ramai wanita yang berjaya hamil dengan memperkenalkan GLA complex ini. Sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakkal, ALLAH jua yang mengurniakan dan menentukan segalanya :))

TESTIMONI BERJAYA HAMIL DENGAN GLA





Jika ingin mencuba..dapatkan dari saya dengan HARGA PROMOSI + FREE CONSULTATION + MORE EXTRA

sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

Friday, October 18, 2013

MEALSHAKES SHAKLEE: KHASIAT UNTUK ANAK-ANAK & DEWASA


Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.


6 Fakta menarik tentang Mealshakes Shaklee:

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ dan tidak suka menelan pil serta untuk mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
Badan lebih sihat. Malah Protein juga penting untuk membantu penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Jom dapatkan khasiat berganda untuk anak-anak & seisi keluarga!

sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

Wednesday, October 16, 2013

Nutriferon : Si Sachet Kecil yang BESAR manfaatnya.

Salam perkenalan dari saya, Nutriferon. Mungkin saya tak se "glamour" Lecithin atau B Complex yang kejap-kejap abis di HQ Shaklee satu malaya.( ooo, Lecithin & B Complex, korang ingat korang je glemer ye, I pun glamour tau.) Saya mungkin kecil tapi jangan di perlekehkan khasiat saya yang sangat baik. 

Nak tahu lebih lanjut ttg saya?
Saya adalah Nutriferon. Sejenis suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Saya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, dan telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. ( I ada beratus ujian klinikal dibuat utk uji kehebatan I tau, you ada?)

^_^ hihi gurau je.. jangan marah... kalau marah nnt kena jual. 

Seorang ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima adalah individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi dalam badan.

Siapa yang perlukan Nutriferon?

Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu, demam ,cancer, asma. Jika anak selalu demam dan selsema setiap bulan terutamanya yang duduk di nursery, boleh la mencuba saya, Nutriferon. ^_^ 

Namun begitu, harus tuan-tuan dan puan-puan ingat bahawa saya bukan ubat ye.. dan produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit.

Pasti ramai yang mahu tahu bagaimana saya bertindak bukan? Nutriferon bekerja dalam dua cara iaitu:

>> Segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti
>> Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Ok, rasanya itu sahaja tentang saya buat masa ni.. nnt saya cerita lagi ye. Kalau ada apa-apa pertanyaan atau perlukan penerangan, boleh tanya dengan Mama Aqil.


sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

VITAMIN SHAKLEE UNTUK MIGRAINE


Assalamualaikum semua...

Hari ni saya terfikir tentang satu penyakit yang sering jugak didengar melanda pelbagai golongan sejak akhir-akhir ni iaitu MIGRAINE ataupun orang selalu sebut/eja sebagai MIGRAIN..

Saya pun ada customer yang mengalami masalah migraine nih.. dan saya sendiri pun pernah mengalami sakit migraine ni masa nak menghadapi peperiksaan SPM dulu..

So, saya pun search la di internet yg tiada sempadan ni tentang migraine nih.. sebab, walaupun saya sendiri pernah mengalaminya, dan dah tak pernah mengalaminya pulak selepas itu (sehingga sekarang), saya masih tak tahu apa sebenarnya punca migraine nih?? kenapa pulak boleh hilang terus migraine saya dulu?? so, inilah hasilnya yg dapat saya temui..

Apa itu MIGRAINE?



Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagaivascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

a) Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.

b) Common Migraine 

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Apakah punca MIGRAINE?

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine : 

  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 

Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?


Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. Ini kerana:


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.


Kepentingan Kalsium Bagi Wanita

Dalam TV kita selalu melihat iklan susu kan? Tambah lagi yang iklan minum susu untuk menjaga kesihatan tulang wanita kan. Tahu tak kita betapa pentingnya kalsium pada wanita?

Mungkin kita selama ini ambil mudah kerana merasakan ala cukuplah tu kalsium yang aku ambil hari-hari dalam makanan harian. Tapi kena ingat bahawa wanita memang menanggung risiko yang tinggi untuk mengalami kerapuhan tulang. Sebab apa? Kerana wanita mengandung, melahirkan anak, menyusukan anak dan datang bulan (period). Betapa banyak kita kehilangan kalsium agak-agaknya?



Mari kita tengok apa yang boleh berlaku jika kekurangan kalsium dalam badan?

Boleh nampak kan gambar tulang yang normal.  Ianya padat dan rapat kan. Cuba tengok pula bagi yang mengalami kereputan tulang iaitu sinonim dengan osteoporosis. Tulangnya nampak rapuh dan tidak padat lagi berongga-rongga. Sanggupkah kita membiarkan keadaan ini walaupun kita masih lagi ingin sihat untuk menjaga anak-anak dan keluarga? 

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE
Panduan untuk anda yang ingin memilih pil kalsium. Pil kalsium mestilah didatangkan bersama-sama dengan magnesium dan Vitamin D. Apa fungsi kedua-dua ini?

MAGNESIUM bertindak sebagai ajen pengangkut kepada kalsium untuk membawanya ke tulang untuk diserap.
VITAMIN D pula bertindak sebagai rakan terbaik untuk bantu kalsium menyerap lebih baik ke tulang.
Jika hanya KALSIUM semata, walau ada banyak tapi tidak berupaya menyerap dalam badan maka anda akan berisiko pula untuk mendapat BATU KARANG.

Jadi buatlah pilihan anda sekarang. Wanita lebih-lebih lagi di zaman sekarang penuh dengan pelbagai tanggungjawab. Jagalah kesihatan untuk masa depan anda dan keluarga.




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 017 6290232 atau email azzs_5536@yahoo.com untuk maklumat lanjut.


Kepentingan Dan Kelebihan Kalsium Shaklee (Ostematrix)

Anda tentu biasa dengar berkenaan kalsium kan? Rasanya jarang yang tidak tahu pasal kalsium kerana hari-hari kita dihidangkan dengan iklan susu. Semua sedia maklum yang susu mengandungi kalsium. Tahukah kita betapa peningnya kalsium? Kepentingan utama kalsium sudah tentu untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Beberapa fakta menarik lain tentang kalsium (ostematrix) saya petik dari web Shaklee.


Selain dari untuk tulang dan gigi, kalsium berfungsi untuk:
1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
2.Membantu pengecutan otot dan saraf
3.Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. Amat sesuai bagi wanita yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.

Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?

KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.


VITAMIN D
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Merka yang mengalami kekejangan otot

inilah masanya untuk hadiahkan kepada yang tersayang! Duit bukan ukuran jika dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat.



sms/whatsAPP: 017-6290232
Email: azuramaidin@gmail.com
FB fanpage: KASIH MAMA AQIL
ADD FB: AZURA MAIDIN untuk CHAT secara terus dengan saya.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.